KONSERT PATRIO

Program “KONSERT PATRIO” ini merupakan satu program yang berunsurkan patriotik dan bertujuan untuk membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai jiwa dan semangat cinta akan negara. Antara pengisian dalam program ini menyanyikan lagu patriotik beramai ramai selama 1 jam, tarian patriotik dan juga persembahan khas daripada artis jemputan iaitu Dalia Farhana.