KURSUS : PENGURUSAN JENAZAH

Anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan kebolehpasaran Graduan (EDGE) dengan kerjasama Exco Latihan Pembangunan dan Sahsiah Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar sesi 2019/2020. Program berlangsung pada hari sabtu bersamaan 12 Oktober 2019 bertempat di Masjid Al Mursyidin, UPSI. Program bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Terdapat dua akitiviti yang dijalankan semasa program iaitu sesi ceramah berkenaan teori dan adab pengurusan jenazah. Seterusnya, sesi praktikal dimana penceramah menunjukkan cara yang betul ketika pengurusan jenazah dilakukan seperti memandikan dan mengkapankan jenazah.