MINGGU SUAI KENAL AMBILAN SEPT 2019

Minggu Suai Kenal Kolej Ungku Omar ini merupakan satu program tahunan anjuran Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar 2019/2020. Program ini diadakan setiap tahun untuk menyambut pelajar degree baru ambilan September. Minggu Suai Kenal ini diadakan pada 7 September 2019 di Kolej Ungku Omar, UPSI. Program ini wajib disertai oleh semua pelajar degree ambilan baru September 2019. Pada 7 September 2019, seramai 959 pelajar ambilan baru sesi 2019/2020 yang menyertai program ini.

Dalam program ini, pelajar ambilan baru diberi peluang untuk berkenalan antara satu sama lain. Pelbagai aktiviti berkumpulan dijalankan untuk merapatkan hubungan antara pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti radio rosak, charades game, kapal karam dan pelbagai aktiviti lagi. Selain itu, turut dijemput persatuan Anak Negeri pada hari tersebut untuk membuka kaunter pendaftaran bagi ahli baru. Disamping itu, turut diadakan solat maghrib dan isyak berjemaah di dewan Kolej Ungku Omar. Pada masa yang sama, program ini juga dianjurkan untuk berkenalan dengan barisan Majlis Mahasiswa Kolej. Majlis Mahasiswa Kolej menerangkan segala maklumat berkaitan kolej dan membantu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelajar baru.